fbpx

Jaringan Faisal Halim ada peluang menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

PEMAIN sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim berpeluang mencipta sejarah tersendiri apabila gol menarik yang dilakukan ke atas Korea Selatan mendahului senarai calon Gol Terbaik Piala Asia 2023 yang lepas.

Sebagai rekod, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mencalonkan gol pemain sayap Selangor FC itu bersama tujuh gol lain untuk peminat bola sepak khususnya di benua Asia membuat undian bagi memilih gol ‘Puskas’ kejohanan.

Berdasarkan undian setakat semalam, gol jaringan Faisal berada di tangga teratas apabila mendapat 64 peratus dengan 67,608 undian, manakala tempat kedua ialah gol jaringan bintang Jordan, Mousa Al Tamari 22 peratus (23,175).

Di tempat ketiga pula ialah gol kapten Korea Selatan, Son Heung-min yang mendapat sembilan peratus (9,522) diikuti gol pemain Iran, Sardar Azmoun tiga peratus (3,153) dan gol Supachok Sarachat dari Thailand dua peratus (1,983).

Seterusnya gol pemain Jepun Keito Nakamura mendapat 380 undian, gol penyerang Qatar, Hassan Al-Haydos mendapat 320 undian dan gol penyerang Arab Saudi, Abdulrahman Ghareeb mendapat 220 undian.

Situasi itu jelas menyaksikan ledakan unik pemain berusia 26 tahun itu jauh meninggalkan pencabar lain sekali gus berpotensi untuk merangkul anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023.

Faisal yang lebih mesra dengan gelaran Mickey meledak gol pertama Malaysia ke atas Korea Selatan dengan menggelecek penjaga gol serta pertahanan Taeguk Warriors, Kim Min-jae dan Jo Hyeon-woo pada minit ke-52 di Stadium Al Janoub yang membolehkan Malaysia mengikat skuad gergasi Asia itu 1-1.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut bercadang untuk mencalonkan jaringan Faisal ke Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tetapi segalanya bergantung dengan kelulusan AFC.

Difahamkan, sesi undian akan ditutup esok pada pukul 10 malam waktu Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI