fbpx

Harga tiket balik Sabah, Sarawak maksimum RM599 sehala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

JELEBU – Harga maksimum tiket penerbangan bagi kelas ekonomi dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, tiga hari sebelum Hari Raya Adilifitri ditetapkan RM599 sehala.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penetapan harga maksimum itu dilihat mampu membantu mereka yang tinggal di Semenanjung untuk pulang menyambut hari raya April ini.

“Kalau beli awal mungkin dapat harga lebih murah tetapi kalau kekurangan tiket, harga akan melambung naik. Sebarang kenaikan lebih RM599 akan ditampung oleh subsidi Kerajaan untuk tiga hari tersebut.

“Ia sedikit sebanyak membantu lebih ramai lagi dapat balik (raya),” katanya selepas Majlis Upacara Perasmian Pecah Tanah Bangunan Baharu Bertingkat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chun Yin, di sini, hari ini.

Anthony berkata, tawaran harga maksimum itu bagaimanapun tidak meliputi semenanjung berikutan terdapat banyak pilihan mod pengangkutan yang lain seperti bas dan kereta api untuk pulang beraya.

Anthony berkata, sempena Hari Raya Adilifitri berkenaan, terdapat syarikat penerbangan yang akan menambah penerbangan tambahan, selain menawarkan harga tetap untuk penerbangan tertentu pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI