fbpx

Dua individu terbabit pergaduhan dituduh Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Kamarul Azran.

SEPANG – Dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di Kampung Baru Dengkil di sini, 17 Februari lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, pada Selasa depan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

Beliau berkata, seorang daripada individu berkenaan adalah pengadu manakala, seorang lagi individu yang mengeluarkan ugutan.

“Kedua-dua mereka akan dituduh mahkamah sama pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Wan Kamarul Azran berkata, 12 individu lain yang terbabit dalam insiden pergaduhan sama akan dijadikan saksi mahkamah.

Pada 17 Februari lalu, seramai 14 individu ditahan dalam lokap semalaman selepas terbabit dalam pergaduhan pada malam sambutan Pai Ti Kong sempena Tahun Baharu Cina.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan pada petang Isnin lalu dengan jaminan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI