fbpx

44 PATI bayar RM1,500 gagal susup Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi itu di pantai Sungai Serdang, Klang, semalam.

KLANG – Impian 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia menyusup masuk negara secara haram dengan bayaran RM1,500 tidak kesampaian apabila dicekup di pantai Sungai Serdang di sini, semalam.

Kesemua mereka termasuk lapan wanita yang berhimpit dalam sebuah bot pom-pom itu ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Klang menerusi Op Taring Gelora.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komissioner Rusley Chi Ari berkata, kejayaan tersebut hasil maklumat dan risikan mengenai aktiviti penyusupan PATI menerusi laluan laut.

Katanya, pihaknya turut menahan tiga suspek warga Indonesia berusia 28 hingga 48 tahun yang berperanan sebagai tekong dan pembantunya.

“Siasatan mendapati tekong itu aktif menguruskan migran keluar dan masuk ke Malaysia sejak tiga bulan lalu. Hasil siasatan mendapati PATI itu dipercayai membayar empat hingga lima juta Rupiah (RM1,200 hingga RM1,500) untuk masuk ke negara ini.

“Kos bagi setiap individu itu didakwa dibayar mereka kepada ejen sindiket di Indonesia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pihaknya turut merampas bot pom pom digunakan mereka bersama satu unit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Rusley menegaskan, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI