fbpx

Zarina Zainuddin nak ‘azan’ telinga perempuan penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Zarina Zainuddin menyelar segelintir wanita muda yang 'menggatal' dengan lelaki berstatus suami orang sehingga sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.

PETALING JAYA – Meskipun memegang gelaran sebagai isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin menyelar segelintir wanita muda yang ‘menggatal’ dengan lelaki berstatus suami orang sehingga sanggup memusnahkan rumah tangga orang lain.

Menurut pemilik nama penuh Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54, golongan wanita muda tersebut perlu mempertimbangkan keputusan memilih bernikah dengan suami orang kerana akan digelar penyondol sampai ke tua.

“Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.

“Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya dalam video Instagram semalam.

Dalam video sama, dia turut berasa kurang senang melihat ramai wanita yang masih muda ‘kemaruk’ berkahwin dengan suami orang sedangkan tidak menjaminkan kehidupan yang mewah pun.

“Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.

“Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.

“Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah,” katanya lagi.

Sementara itu, Zarina berkata, situasinya ketika bernikah dengan suaminya dan menjadi isteri kedua adalah berlainan namun rasa bersalah tetap dirasai sehingga hari ini.

“Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin.

“Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya,” luahnya.

Menerusi luahan sama, dia menasihatkan wanita muda di luar sana melupakan hasrat untuk bernikah dengan suami orang sebaliknya memilih lelaki bujang.

“Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya.

“Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelaki bujang yang berlambak di luar sana,” ujarnya.

Terdahulu, Zarina mendirkan rumah tangga dengan Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki termasuklah sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang sentiasa menjadi perhatian netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI