fbpx

Taktik kemuka geran palsu ‘makan diri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu yang ditahan disyaki memgemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan kuota kelulusan pekerja asing.

KUALA LUMPUR – Taktik sebuah syarikat pertanian mengemukakan geran tanah palsu bertujuan mendapatkan kuota kelulusan pekerja asing dalam program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) terbongkar apabila dua individu ditahan, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL), Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, pihaknya mengesan cubaan tidak bertanggungjawab memalsukan dokumen tersebut sewaktu semakan dijalankan Bahagian Pekerja Asing JIM WPKL.

Susulan itu, beliau memaklumkan, empat anggota pelbagai pangkat digerakkan untuk menggempur premis syarikat tersebut yang terletak di Desa Petaling, di sini, sekitar pukul 11 pagi, kelmarin.

“Hasil operasi berjaya menahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai berperanan sebagai pengurus dan pengarah syarikat tersebut.

“Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 56(1)(k), Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI