fbpx

Sindiket edar dadah tumpas, enam termasuk dalang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar kejayaan dan rampasan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik oleh Mohd. Kamarudin di Dewan Parameswara, Mes Pegawai Kanan Polis, IPK Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

MELAKA – Sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa tumpas selepas enam individu termasuk dalangnya ditahan dalam tiga serbuan berasingan di tiga negeri pada Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang hingga 6.45 petang itu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 83.45 kilogram yang dianggarkan bernilai RM4.02 juta.

Katanya, kesemua suspek lelaki berusia antara 40 hingga 74 tahun itu ditahan dalam serbuan operasi khas JSJN Bukit Aman dan Pasukan Tindakan Khas (PTK) di Melaka, Pahang dan Johor.

“Dalam serbuan pertama, seorang suspek ditahan di kawasan Kota Syahbandar ketika sedang memindahkan dadah ke dalam sebuah kenderaan lain. Polis merampas dadah jenis syabu seberat 51.95 kilogram dan serbuk ekstasi seberat 31.45 kilogram bernilai RM4.02 juta yang dianggarkan untuk kegunaan 365,000 penagih.

“Dalam serbuan kedua polis menahan tiga suspek di Simpang Renggam, Johor manakala serbuan ketiga berjaya menahan dua lagi suspek di Genting Highlands, Pahang.

“Modus operandi sindiket ini adalah menggunakan jalan darat bagi menyeludup dadah masuk dari negara jiran di bahagian utara sebelum didedarkan melalui jalan laut ke Indonesia. Polis tidak menolak Pantai Klebang dijadikan transit oleh sindiket ini sebagai jalan keluar dadah ke Dumai,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta jenis Toyota Vios dan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara serta wang tunai RM3,000 yang dianggarkan bernilai RM103,000.

Tambahnya, sindiket dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI