fbpx

Sajat sertai pertandingan ratu cantik mak nyah di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Nur Sajat di akaun Instagramnya, semalam.

PETALING JAYA – Bekas usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzaman, 39, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mendedahkan dirinya menyertai pertandingan ratu cantik di Australia.

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia mempamerkan busana Langkasuka yang berasal dari kerajaan Melayu kuno di utara semenanjung Malaysia dan selatan Thailand.

“Pakaian kebangsaan saya, sudah 60 peratus siap. Diilhamkan daripada kerajaan Melayu Langkasuka Kedah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kelihatan di dalam gambar itu, pakaian batik itu dihiasi selendang berwarna keemasan dan turut diserikan lagi dengan pemeleh (mahkota) besar di kepalanya.

Pertandingan ratu cantik dikenali sebagai Miss Mardi Gras 2024 adalah pertandingan ratu cantik transgender yang dianjurkan setiap tahun.

Terdahulu, pada Februari 2022, Sajat memaklumkan telah menukar status jantina kepada wanita di Australia, setelah bertahun-tahun mendakwa seorang khunsa.

Sajat telah ‘bercerai talak tiga’ dengan Malaysia dan memilih Australia sebagai negara untuk bermastautin.

Nur Sajat yang juga pempengaruh media sosial itu memaklumkan tidak akan kembali lagi ke negara ini, sebaliknya lebih bahagia hidup di negara baharunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI