fbpx

Restoran terkenal di Ipoh gaji PATI diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JABATAN Imigresen Perak menangkap 12 PATI dalam serbuan di sebuah restoran terkenal di Ipoh hari ini. - Foto IHSAN JIM PERAK

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menyerbu sebuah restoran terkenal di bandar ini di sini hari ini.

Timbalan Pengarah JIM Perak, Sharmanrizal Rustam berkata, seramai 11 lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia itu ditahan dalam operasi bermula pukul 8.15 hingga 9.30 pagi.

Katanya, serbuan itu turut melibatkan sebuah rumah pekerja yang berada di atas premis berkenaan.

“Tangkapan terhadap pekerja warga asing itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap 22 individu. Ketika serbuan dibuat, kesemua mereka sedang sibuk bekerja tanpa menyedari kehadiran anggota penguat kuasa,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI