BOGOTA, Colombia – Seorang pengkaji objek terbang tidak dikenali (UFO) mengesahkan ketulenan sebuah video didakwa UFO yang dirakam di ruang udara Antioquia, Colombia, lapor Daily Caller.
Menurut laman berita itu, rakaman video tersebut dilakukan oleh juruterbang, Jorge Artega di ruang udara ketika dia mengendalikan sebuah pesawat bersama pembantunya pada tahun lalu.
Ia dianggap rakaman video UFO terbaik setakat ini.
Rakaman itu menunjukkan objek aneh yang kelihatan seperti piring terbang melepasi tingkap pesawat Arteaga dengan laju.
Seorang pengkaji UFO, Jaime Maussan, yang sebelum ini terkenal kerana melaporkan bahawa dua ‘bangkai makhluk asing’ ditemui di Mexico pada 2023 berkata, kejadian dalam video itu benar-benar berlaku.
Arteaga mendakwa pesawatnya mengekori UFO tersebut tetapi tidak berjaya menjejakinya.
Dia berkata, UFO itu tidak bergerak seperti belon, dron atau pesawat. – AGENSI