fbpx

Pelakon filem P. Ramlee guna kerusi roda ke klinik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasmah tetap setia menemani Pok Dir yang berkerusi roda untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kota Jembal, Kota Bharu hampir setiap minggu. – ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang pelakon veteran yang pernah membintangi empat filem seniman agung Tan Sri P. Ramlee kini terpaksa melalui kehidupan sukar termasuk perlu mendapatkan rawatan susulan setiap minggu di klinik.

Abdul Kadir Ismail, 91, atau lebih dikenali Pok Dir merupakan bekas pelakon tambahan filem Ali Baba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, 6 Jahanam dan Kanchan Tirana.

Menurut isterinya, Hasmah Yusoff, 59, dia perlu menolak suaminya yang berkerusi roda sejauh 1 kilometer untuk menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan Kota Jembal di sini setiap minggu.

“Kami tidak mempunyai ken­deraan dan memang sudah menjadi rutin harian untuk saya membawa Pok Dir ke klinik setiap minggu.

“Suami menghidap kanser prostat, angin ahmar dan asma. Kami perlu ke klinik untuk menukar beg tadahan air kencingnya.

“Lagipun, suami tidak boleh berjalan sejak disahkah sakit 13 tahun lalu. Pok Dir hanya bergerak menggunakan kerusi roda yang disumbangkan oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave beberapa bulan lalu,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota Jembal di sini baru-baru ini.

Hasmah memberitahu, dia bersama suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, penyakit asma yang dialaminya menyebabkan dia juga tidak mampu untuk bekerja dan melakukan pekerjaan berat.

“Saya terpaksa tebalkan muka untuk berhutang dengan ahli keluarga lain atau rakan-rakan sekiranya terputus wang untuk membeli makanan dan lampin Pok Dir.

“Saya memerlukan perbelanjaan hampir RM1,000 sebulan untuk keperluan makan minum, lampin dan ubat-ubatan suami,” ujarnya.

Menurut Hasmah, dia tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga perlu me­nguruskan keluarga masing-masing.

“Buat masa ini, saya memerlukan bantuan orang ramai untuk perbelanjaan harian Pok Dir kerana dia semakin uzur dan memerlukan keperluan ubat-ubatan yang sesuai,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Hasmah di talian 010-907 3120 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Abdul Kadir Ismail, 0301041000242503.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI