fbpx

Payudara ‘mengeras’ selepas cucuk silikon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samantha (dua dari kanan) bersama Michael (dua dari kiri) ketika ditemui di sidang akhbar bertempat di Wisma MCA, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Impian seorang wanita untuk memiliki payudara menawan dengan menyuntik silikon berkecai apabila anggota badan itu menjadi keras hingga terpaksa hidup dalam kesakitan selama lima tahun sebelum diselamatkan pasukan perubatan di luar negara.

Samantha, 48, berkata, dia menyuntik silikon itu di sebuah klinik di Lembah Klang 20 tahun lalu dengan kos RM5,000 selepas termakan pujukan pekerja mereka ketika datang untuk membuat rawatan muka.

Katanya, dia bersetuju untuk menyuntik silikon pada payudaranya selepas pekerja klinik mengatakan ia boleh membuatkannya tampil lebih muda, cantik dan seksi.

“Pada mulanya, segalanya berjalan lancar tetapi selepas tujuh tahun, secara tiba-tiba payudara saya mula mengeras hingga membuatkan saya takut.

“Lebih mencemaskan apabila terdapat ketulan besar pada payudara yang membuatkan saya terfikir adakah saya sudah ada kanser. Saya menderita kesakitan yang teruk hingga tidak dapat tidur malam,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Menurut Samantha, dia pernah melakukan rawatan alternatif seperti berurut untuk mengurangkan kesakitan yang dialami selepas disarankan oleh rakan-rakan tetapi masih gagal untuk mengubati sakit payudaranya yang mengeras.

Tambahnya, dia kemudian terpaksa membuat keputusan untuk berjumpa doktor pakar selepas tidak tahan lagi menanggung kesakitan untuk pemeriksaan lanjut pada 2022.

“Saya melakukan pemeriksaan mamogram dan imbasan ultrabunyi tetapi doktor tidak menemui apa-apa penyakit dan mengatakan semuanya nampak normal,” katanya.

Ujar Samantha, dia kemudian membuat rujukan dengan pakar lain dan melakukan imbasan pengimejan resonans magnetik pada awal tahun ini.

“Ketika itulah doktor mengesan sesuatu dan memberitahu sama ada hendak membuang kedua-dua payudara atau menahan sakit sahaja,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI