fbpx

Noda remaja selepas main video game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol remaja perempuan bawah umur selepas mereka bermain permainan video di dalam bilik sebuah rumah, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis pada 18 Februari lalu susulan ibu mangsa telah mengetahui kejadian tersebut.

“Si ibu telah memeriksa telefon bimbit mangsa dan melihat terdapat perbualan mengenai kejadian rogol tersebut melalui aplikasi WhatsApp antara mangsa dan suspek berusia 16 tahun.

“Bertindak atas laporan yang dibuat oleh mangsa, kira-kira pukul 3 pagi hari yang sama, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin telah menangkap remaja lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.20 petang pada 15 Februari lalu semasa mangsa berada di rumah nenek mangsa.

Menurutnya, suspek yang juga kawan mangsa telah datang untuk bermain ‘game’ bersama mangsa dan semasa mangsa berada di dalam bilik, suspek telah mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

“Mangsa telah melakukan perkara itu bersama suspek. Setelah selesai melakukan hubungan seks, suspek terus keluar dari rumah nenek mangsa.

“Suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI