fbpx

Melaka terima kunjungan 150,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Ali bersama Ab. Rauf menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Melaka 2024 di Jonker Walk, Banda Hilir, Melaka. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) menunjukkan tanda-tanda positif apabila lebih 150,000 pengunjung dan pelancong mengunjungi Melaka sempena Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 Selasa lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, jumlah tersebut menjanjikan kejayaan TMM2024 terutama mereka yang mengunjungi 11 produk pelancongan yang menawarkan tiket masuk percuma.

“Saya amat berbangga atas usaha semua dalam menjayakan sambutan pada 20 Februari yang lepas, di mana bumi bertuah ini telah menerima seramai hampir 150,000 pengunjung.

“Saya amat berbesar hati dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi hadir pada 20 Februari yang lepas sempena Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kali ke-68.

“Kehadiran pemimpin utama dan terpenting ini membawa rahmat dan berita baik kepada rakyat negeri Melaka dalam usaha untuk kita memacu Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Negeri Melaka 2024 di Jonker Walk, malam tadi.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Roslan Abdul Rahman.

Ab. Rauf berkata, sambutan Tahun Baru Cina kali ini buat julung-julung kalinya kerajaan negeri mengadakan kelainan dengan mengadakan sambutan itu di Jonker Walk yang menyaksikan kira-kira 30,000 pengunjung hadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI