fbpx

Mayat anggota bomba dijumpai selepas 19 jam SAR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Izwan ditemui selepas 19 jam operasi SAR dijalankan sejak malam semalam. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Mayat anggota bomba yang terjatuh ketika sedang menguji enjin bot (kevlar) pasukan di Jeti Pangkalan Marin, Mak Mandin di sini ditemui petang tadi, selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, mayat Mohd Izwan Illias, 42, ditemui kira-kira pukul 5.32 petang.

Katanya, selepas operasi dimulakan bermula 10.20 malam tadi, akhirnya mangsa ditemui dalam radius 20 meter dari lokasi terakhir berhampiran lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa dikesan pada 5.30 petang olen salah seorang anggota pasukan penyelamat yang kemudiannya disahkan mayat, Mohd. Izwan. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital untuk proses selanjutnya.

“Arwah diklasifikasikan sebagai terkorban ketika menjalankan tugas rasmi. Justeru, satu majlis istiadat penghormatan terakhir akan kita dilaksanakan di Kampung Pekan Darat, malam ini sebagai tanda terima kasih di atas komitmen dan pengorbanan arwah khususnya JBPM,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bapa mangsa, Illias Othman,77, bersyukur jasad anaknya ketiganya itu ditemui dan berlapang dada dengan ujian Allah SWT.

“Kami sekeluarga reda dan sudah takdir anak pak cik kembali ke sisi pencipta. Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus berusaha mencari anak pak cik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI