fbpx

Liga Europa: Liverpool raih undian mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Liverpool dijangka tidak ada masalah untuk lolos ke peringkat suku akhir Liga Europa musim ini. - Foto ihsan Liverpool

NYON, Switzerland – Misi pasukan Liverpool untuk melangkah jauh pada kempen Liga Europa kali ini nampak cerah selepas diundi menentang Sparta Prague pada pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan.

Skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp kini berada di landasan terbaik untuk bergelar juara quadruple pada musim ini apabila masih bersaing dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA.

Selain itu, Liverpool berpotensi untuk menjulang trofi pertama apabila dijadualkan menentang Chelsea pada aksi final Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Wembley pada Ahad ini.

Sementara itu, satu lagi wakil EPL, menerima undian maut apabila menentang kelab gergasi Serie A, AS Roma sekali gus menyaksikan kepulangan pengendali The Seagulls, Roberto de Zerbi ke negara kelahirannya di Itali.

West Ham pula telah diundi menentang Freiburg dan satu lagi aksi menarik bakal melibatkan kelab Sepanyol, Villarreal bertemu Olympique Marseille.

Dalam satu lagi sesi undian saingan Liga Konferensi Eropah, Aston Villa berdepan cabaran sukar apabila bertemu dengan wakil Belanda, Ajax Amsterdam pada pusingan 16 terbaik nanti.

Saingan dijadualkan berlangsung pada 7 Mac dan 14 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH LIGA EUROPA

Sparta Prague lwn Liverpool
Marseille lwn Villarreal
AS Roma lwn Brighton
Benfica lwn Rangers
Freiburg lwn West Ham United
Sporting Lisbon lwn Atalanta
AC Milan lwn Slavia Prague
Qarabag lwn Bayer Leverkusen

UNDIAN PENUH LIGA KONFERENSI EROPAH

Servette lwn Viktoria Plzen
Ajax lwn Aston Villa
Molde lwn Brugge
Union SG lwn Fenerbahçe
Dinamo Zagreb lwn PAOK
Sturm Graz lwn Lille
Maccabi Haifa lwn Fiorentina
Olympiacos lwn Maccabi Tel Aviv

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI