fbpx

[VIDEO] Letupan kilang: ‘Saya nampak kakinya terkena sesuatu dan hancur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian sebuah bengkel kimpalan meletup di Puchong Utama, Subang Jaya semalam. - SHIDDIEQIIN ZON

SUBANG JAYA – Seorang saksi kejadian letupan gas di Taman Perindustrian Puchong, di sini semalam, mendakwa dia melihat mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan berlumuran darah.

Lelaki dikenali sebagai Chen, 40-an, itu berkata, kejadian bermula dengan bunyi dentuman seperti bom diikuti jeritan me­minta tolong daripada mangsa.

“Apabila jenguk ke luar (premis), saya nampak api dan beberapa pekerja dilihat bergegas keluar dari kilang tersebut untuk menyelamatkan diri sambil menjerit meminta tolong.

“Saya lihat ada orang yang terselamat, tetapi keadaannya agak teruk. Saya nampak kakinya seperti terkena sesuatu dan hancur,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Chen memberitahu, pemilik kilang itu turut berada di lokasi kejadian, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Saya difahamkan, kebanyakan pekerja di kilang tersebut adalah warga asing. Memang tidak sangka kejadian letupan ini berlaku,” katanya.

Seorang lagi saksi dikenali sebagai Liew pula memberitahu, dia tidak menyangka bunyi kuat yang didengarinya mengorbankan nyawa dua pekerja.

“Ketika kejadian, saya berada kira-kira 100 meter dari premis itu. Saya nampak kepulan asap tebal dari kilang berkenaan.

“Beberapa keping atap kilang juga pecah. Ada serpihan atap yang terpelanting,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI