fbpx

Lelaki dibedah selepas doktor tersilap rujuk X-ray pesakit lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan tiub plastik dalam perut seorang pesakit di Lam Dong. - Foto VNExpress

HANOI – Kakitangan sebuah hospital di wilayah Lam Dong, Vietnam menjalankan pembedahan ke atas seorang lelaki untuk mengeluarkan tiub plastik di dalam perutnya, lapor laman berita VNExpress semalam.

Nguyen Hong Hai, 61, pergi ke Hospital Besar Wilayah Lam Dong untuk memeriksa keadaan batu karangnya pada Selasa lalu.

Pada waktu petang, doktor memaklumkan Hong Hai dan isterinya bahawa hasil ujian X-ray mendapati terdapat tiub plastik sepanjang 30 sentimeter di dalam perutnya. Ia mesti dibedah pada hari yang sama untuk dikeluarkan menggunakan kaedah endoskopik.

Isteri Hong Hai, Nguyen Thi Huu berkata, keluarganya agak keliru tetapi disebabkan doktor menyatakan bahawa ia adalah kecemasan, dia akhirnya bersetuju untuk pembedahan tersebut.

Bagaimanapun, selepas melakukan endoskopik, doktor tidak dapat menemui sebarang objek di dalam perut Hong Hai.

Doktor kemudian menyedari bahawa hasil X-ray yang digunakan untuk melakukan pembedahan lelaki itu sebenarnya milik pesakit lain.

Seorang wakil hospital itu berkata, semua kakitangan perubatan yang terlibat dalam pebedahan tersebut akan memohon maaf kepada Hai dan keluarganya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI