SANTIAGO- Seorang lelaki berusia 23 tahun meninggal dunia ketika melakukan aktiviti terjun lelabah atau ‘bungee jumping’ di Chile, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Kejadian itu berlaku di ngarai Cajon del Maipo, dekat Santiago.
Mangsa dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa minit selepas melompat.
Mayat mangsa yang terjuntai dari kren terpaksa dibawa turun oleh sepasukan anggota bomba.
Dia dilaporkan menyertai aktiviti itu bersama ibu dan saudara perempuannya.
Tidak jelas sama ada mangsa menpunyai masalah kesihatan sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
Siasatan mengenai kes tersebut sedang dijalankan. – AGENSI