fbpx

Kelengkapan sekolah dijual murah pada program Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 70 orang pekerja golongan B40 menerima bakul Rahmah pada Program Jualan Rahmah di Bangunan Persekutuan di Ipoh hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI / KOSMO!

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menganjurkan jualan perlengkapan sekolah dengan harga murah pada Program Jualan Rahmah (PJR) sempena Program Jualan Rahmah Back To School hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, program PJR kali ini menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran tempatan.

“Apa yang menariknya program kali ini, kita bawakan barangan kelengkapan sekolah dengan harga yang sangat mampu milik.

“Sebagai contoh, harga pasaran bagi baju sekolah RM33 sepasang, tetapi pada hari ini harga sepasang baju sekolah hanya RM23.00 sahaja,” katanya kepada pemberita pada Program Jualan Rahmah ‘Back to School’ di Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak lima rakan strategik KPDN iaitu Pasaraya Mydin, Pasaraya Segi Fresh, Pasar Mini Save, Pasaraya Sakan dan Lembaga Pertubuhan Peladang hadir membawa barangan keperluan harian dan barangan keperluan persekolahan dengan memberikan potongan harga sehingga 30 peratus dari harga pasaran.

“Bermula awal tahun ini iaitu Januari hingga Februari 2024 sebanyak 108 program PJR telah dilaksanakan di seluruh negeri.

“Sasaran KPDN Perak tahun ini akan melaksanakan PJR sekurang-kurangnya 576 program melibatkan kawasan terpilih di Parlimen dan DUN di negeri ini,” katanya.

Katanya, sasaran KPDN Perak tahun ini mungkin satu juta penduduk di negeri ini akan mendapat manfaat dari program tersebut berbanding tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI