fbpx

Hujan lebat diramal di lapan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di lapan negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Perak di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Pahang di Tanah Tinggi Cameron. Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Negeri Sembilan pula Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Johor di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Sarawak di Sri Aman, Betong (Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang, manakala Sabah di Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI