PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pukul 3.46 petang tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 5.4 skala Richter.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak di 99 kilometer (km) barat laut dari Siberut,Indonesia.
“Kejadian berlaku pada kedalaman 45 kilometer, namun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini. – KOSMO! ONLINE