fbpx

Dua anggota polis kejar suspek cedera kenderaan terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis yang terbabas ketika mengejar suspek di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Taiping pada Isnin lalu.

IPOH – Suspek yang terlibat dalam kes kejar sehingga menyebabkan dua anggota polis cedera di Kilometer 215 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Taiping pada Isnin lalu kini diburu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut.

Beliau berkata, suspek yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux dikejar dua anggota polis sebelum dia berjaya meloloskan diri.

“Suspek yang dikejar itu telah lolos, usaha mengesan sedang digerakkan,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis unit kereta peronda (MPV) itu sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Zon Kamunting/Simpang sebelum menerima arahan daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Taiping untuk memberi bantuan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang sedang mengejar suspek.

Sebaik mememasuki Plaza Tol Changkat Jering menghala arah Utara, anggota yang menaiki Honda Civic telah terserempak dengan kenderaan suspek dan terus mengejar sambil diekori oleh lima buah MPV IPD Ipoh.

Suspek tidak mengendahkan amaran sebanyak tiga kali menggunakan pembesar suara, sebelum secara tiba-tiba satu objek besi telah dilemparkan keluar dari kenderaan suspek ke arah MPV dinaiki anggota tersebut.

Objek tersebut telah mengenai bahagian bawah kenderaan mengakibatkannya hilang kawalan dan terus berpusing-pusing sebelum terbabas ke sebelah kiri laluan dan melanggar penghadang jalan.

Kemalangan itu menyebabkan salah seorang anggota polis luka di bahagian kepala serta calar di kaki, manakala seorang lagi mengalami sakit di bahagian dada, tengkuk dan kecederaan kecil di tangan kanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI