fbpx

Bekas kekasih Hafiz Hamidun meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan kekasihnya meninggal dunia disebabkan Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun berkongsi berita duka apabila perkenalan dengan seorang wanita Indonesia tidak berpanjangan kerana wanita itu menjadi korban Covid-19 sekitar tiga tahun lalu.

Kata pemilik Mohammad Hafiz Hamidun, 40, walaupun terkejut dia menerima ketentuan Allah itu dengan hati yang terbuka.

“Dia meninggal dunia disebabkan Covid-19 pada tahun 2021. Saya dapat tahu pun daripada ahli keluarga terdekatnya.

“Saya terkejut namun reda kerana ketika itu sesiapa yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 harapan tipis untuk hidup,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar Konsert Zikir Dikir, baru-baru ini.

Bagaimanapun, bekas ahli kumpulan UNIC itu tidak menolak sekiranya ada jodoh untuk berumah tangga selepas ini memandangkan anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz kini sudah berusia empat tahun.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, tahun ini saya dah 40-an, anak pula empat tahun, kalau dulu mungkin susah sikit nak uruskan banyak perkara tetapi sekarang dia dah makin besar, jadi ada kelapangan masa.

“Pada saya nak ada rumah tangga kena ada komitmen, saya nak set balik minda sebelum bercinta tetapi pada masa akan datang saya tak menolak andai ada jodoh,” kongsinya.

Selepas hampir tujuh tahun menduda, soalan berkaitan jodoh sering diajukan kepada anak jati Perak itu.

Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang dikenali sebagai Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan lima bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI