fbpx

Bapa pengantin tersilap sebut mas kahwin 10 kilogram emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu majlis perkahwinan itu ketawa disebabkan kesilapan bapa pengantin. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang bapa tersilap menyebut nilai mas kahwin ketika menikahkan anak perempuannya. 

Portal berita Wolipop hari ini melaporkan, video kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok @perkawinanku_organizer. 

Berdasarkan video kejadian, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah. 

Bapa pengantin perempuan kemudian tersilap menyebut mas kahwin 10 gram emas kepada 10 kilogram emas. 

Kesilapan itu membuatkan kedua-dua pengantin, keluarga dan tetamu jemputan yang hadir ketawa.

Wolipop menghubungi pemilik akaun TikTok, Metih Satirah untuk mengulas lebih lanjut.

“Tanpa diduga, bapa pengantin perempuan gementar dan tersalah menyebut jumlah mas kahwin,” katanya.

Menurut Metih, acara akad nikah itu diadakan di Hambi pada 10 Februari lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI