fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Selangor pagi ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, amaran cuaca buruk itu dikeluarkan bagi daerah Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat sehingga pukul 12 tengah hari.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI