fbpx

ACC 2024: Shah Firdaus, Nurul Izzah tuai gangsa di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri

PETALING JAYA – Dua pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri berjaya meraih pingat gangsa dalam acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 di New Delhi, India hari ini.

Pingat gangsa tersebut sedikit sebanyak mengubati kekecewaan buat kedua-dua pelumba negara itu selepas masing-masing tersekat di pentas separuh akhir petang tadi.

Pada saingan tersebut, Shah Firdaus yang berhasrat untuk melangkah ke pentas final untuk memburu pingat emas tidak kesampaian apabila ditentang hebat pelumba dari China, Li Zhiwei di peringkat separuh akhir.

Biarpun tewas, atlet harapan negara itu enggan pulang dengan tangan kosong sebelum bangkit meningkatkan kayuhannya sejurus mengatasi atlet dari Taiwan, Kang Shih Feng pada perlumbaan penentuan pingat gangsa.

Pingat emas menjadi milik pelumba dari Jepun, Yuta Obara yang sebelum ini turut meraih pingat emas di Sukan Asia Hangzhou dalam acara pecut berpasukan lelaki.

Sementara itu, impian Nurul Izzah untuk membawa pulang pingat di ACC tercapai apabila pelumba berusia 21 tahun itu bangkit mengatasi Aki Sakai dari Jepun untuk menjulang pingat gangsa.

Kemenangan tersebut melonjakkan semangat pelumba kelahiran 21 tahun itu selepas tewas ketika berdepan atlet China, Tong Mengqi di peringkat separuh akhir hari ini.

“Syukur Alhamdulilah kerana saya berjaya meraih pingat gangsa pada perlumbaan kali ini dan benar ia bukan satu tugas yang mudah buat saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pingat gangsa tersebut adalah yang terbaik kerana Izzah turut membantu pasukan pecut wanita negara meraih perak selepas dia dan rakan senegaranya iaitu Anis Amira Rosidi serta Nur Aliana Syafika Azizan mengatasi trio China, Zhou Fei, Tong Menggi, Wang Lijuan. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN