PETALING JAYA – Terdapat 14 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga).
Tahap berjaga-jaga adalah suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan terlibat adalah Perlis, Hulu Perak, Kuala Kangsar di Perak dan Tangkak di Johor.
“Pulau Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kulim, Bandar Bharu di Kedah,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, terdapat satu kawasan di Sabah juga berada pada cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Beaufort. – KOSMO! ONLINE