fbpx

1,043 aduan pembakaran terbuka dilapor sejak 1 Januari hingga 19 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,043 aduan kes pembakaran terbuka direkodkan bagi tempoh 1 Januari lalu hingga 19 Februari lalu.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada jumlah berkenaan pembakaran sampah sarap merupakan aduan tertinggi melibatkan 715 kes.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar juga telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 79 arahan di lapangan, kompaun (lima), notis arahan (12) dan pemantauan berkaitan pembakaran terbuka (666).

“Baru-baru ini, terdapat dua kes kebakaran berskala besar melibatkan kawasan hutan simpan di Daerah Kuala Penyu, Sabah dan kawasan ladang di Chuping, Perlis.

“Kebakaran ini telah berjaya dipadamkan sepenuhnya dan semua jabatan, agensi dan kerajaan negeri terlibat telah diminta mempertingkatkan tindakan pencegahan kebakaran bagi mengelak kejadian seumpama berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan cuaca panas dan kering ketika ini Nik Nazmi meminta agar semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka dan tidak membiarkan tanah atau premis diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelas beliau, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan pembakaran terbuka termasuk pemilik tanah.

“Jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI