fbpx

Wanita warga emas selamatkan suami lumpuh bilik tidur terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik mangsa yang terbakar di flat Medan Ria, George Town, petang tadi.

GEORGE TOWN – Tindakan pantas seorang wanita warga emas membawa keluar suaminya yang lumpuh menyelamatkan lelaki itu daripada terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di flat Medan Ria di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, wanita tersebut turut dibantu jirannya untuk mengangkat suaminya yang dalam keadaan terlantar di atas katil bilik tidur mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pukul 3.58 petang tadi dan kebakaran melibatkan sebuah bilik didiami pasangan suami isteri berusia 60 dan 63 tahun.

“Mangsa lelaki yang lumpuh dan terlantar di atas katil telah dikeluarkan oleh jiran dan isterinya sebelum ketibaan pasukan bomba. Anggaran kemusnahan adalah kira-kira 30 peratus dan punca sebenat kebajaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI