fbpx

Tidak perlu ke masjid solat Jumaat jika hujan – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Golongan lelaki Islam tidak diwajibkan solat Jumaat di masjid sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, antara keadaan cuaca yang membolehkan seseorang lelaki itu hanya solat zuhur di rumah adalah seperti hujan yang sangat lebat.

Bagaimanapun katanya, jika ada pelindung seperti payung atau kenderaan, maka wajib seseorang itu menunaikan solat Jumaat di masjid.

“Kalau hujan lebat ada kereta, ada pelindung (payung) tidak boleh (tinggal solat Jumaat).

“Lebih-lebih lagi rumah sebelah masjid dok gi (tak pergi solat Jumaat). Itu tak boleh (tidak pergi solat Jumaat di masjid),”katanya pada sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, keadaan cuaca sejuk melampau juga tidak diwajibkan solat Jumaat di masjid.

“Contohnya suhu -10 seperti di negara Sweden, Finland, Norway atau Iceland. Suhu terlalu sejuk, bukan cuaca sejuk seperti di Kuantan (Pahang).

“Kalau suhu gini (seperti ini) boleh solat zuhur di rumah. Ataupun cuaca panas sangat, suhu 40 hingga 50 darjah Celsius, bahaya jika keluar rumah, maka boleh solat zuhur di rumah,”katanya.

Tambah Azhar, jemaah lelaki juga tidak diwajibkan solat Jumaat dan boleh menunaikan solat zuhur di rumah sekiranya keadaan angin yang sangat kuat.

“Bukan sahaja kopiah yang terbang, motosikal juga boleh terbang sebab angin terlalu kuat. Boleh tak payah solat Jumaat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI