fbpx

[VIDEO] Tangisan gembira, Fizi Ali akhirnya ‘dapat’ jaga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZI Ali menangis gembira apabia mahkamah memberi peluang untuk membawa anaknya. Ameena tinggal bersama selama empat pada minggu depan.

SHAH ALAM – Selepas tiga bulan tidak bertemu, penyampai radio Fizi Ali menitiskan air mata kegembiraan apabila akhirnya diberikan peluang untuk bertemu dan membawa anak perempuannya, Ameena Sofia tinggal bersama selama empat hari pada minggu depan.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 37, keputusan tersebut merupakan hasil budi bicara antara pihaknya selaku plaintif dan defendan iaitu bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada peguam kerana akhirnya saya dapat jumpa Ameena selama empat hari selepas tiga bulan tidak bertemu. Syukur ya Allah.

“Ikut perancangan, saya akan membawanya ke taman tema air. Saya tidak sangka akan dapat peluang ini dan mahu membawa dia berseronok,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sebutan pertama kes tuntutan hadhanah (hak penjagaan penuh) di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Tambahnya yang juga pengacara, pertemuan dengan Ameena itu juga dianggap sebagai satu bentuk kemenangan buat dirinya terutama selepas kesnya baru sahaja bermula.

“Untuk permulaan kes saya ini dan dapat jumpa dengan Ameena adalah satu kemenangan.

“Alhamdulillah. Satu sahaja yang saya tekankan ialah Ameena memang perlukan kasih sayang dua belah pihak iaiti ibu dan bapa. Takut lama sangat tak jumpa bapa, risau dia lupa siapa bapanya,” katanya lagi.

Ujarnya, tempoh empat hari tersebut yang bermula 1 Mac depan merupakan permintaan daripada pihaknya malah memberitahu ibu bapanya juga sangat merindui Ameena selepas beberapa bulan tidak bertemu.

Katanya lagi, setiap urusan berkaitan anak akan dilakukan menerusi peguam kedua-dua belah pihak.

“Ibu bapa saya juga sangat merindui Ameena. Mereka ada juga pegang barang Ameena.

“Empat hari itu ialah permintaan saya dan pihak sana tidak meletakkan sebarang syarat. Kakak tiri pun rindu Ameena, banyak barang Ameena yang kami tidak alih. Saya akan ambil cuti empat hari.

“Sebelum ini tidak buat panggilan video sebab semua urusan saya lakukan menerusi peguam sahaja. Kalau ada isu berbangkit, semua melalui peguam,” ujarnya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Fizi iaitu Nur Husniah Husin memberitahu mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes tuntutan hadhanah yang difailkan Fizi terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka.

Sebelum ini, Fizi memfailkan tuntutan hadanah kekal itu pada 15 Disember tahun lalu dengan menamakan Shakilla, 35, sebagai defendan.

Fizi meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk berjumpa Ameena semasa majlis graduasi di sebuah tadika pada 11 November lalu tidak kesampaian.

Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian pada Disember 2021. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI