fbpx

‘Tak sabar nak ‘paw’ suami kerja gomen esok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar AI yang tular di media sosial menggambarkan para isteri tidak sabar menunggu bonus suami yang bekerja sebagai penjawat awam.

PETALING JAYA – Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak bakal tersenyum lebar susulan bayaran insentif awal atau bonus akan dibayar esok.

Ia ekoran mereka akan menerima sebanyak RM2,000 manakala RM1,000 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati para isteri kelihatan tidak sabar untuk ‘paw’ suami masing-masing yang bekerja sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sedikit ‘duit gula-gula’.

“Tak sabar nak ‘kecek’ suami kerja gomen beli gelang emas,” komen Nuraishah.

“Jangan lupa hulur dekat bini seratus untuk dia belanja dekat kedai oren,” komen Rafiza.

“Dah dapat bonus tu jangan lupa bawa keluarga pergi berjalan,” komen Nina.

Bagaimanapun, ada juga beberapa isteri yang bersyukur dan memahami bayaran insentif itu akan didahulukan untuk keperluan keluarga dan persiapan sekolah anak-anak.

“Syukur Alhamdulillah, kena bijak berbelanja. Anak-anak nak naik sekolah, raya dan puasa. Masuk rumah baru.. Bini ni pemegang amanah sahaja bukan hak milik mutlak. Kalau rambang mata, memang dah habis beli macam-macam. Tapi fikir anak-anak,” komen Imi Raihana.

“Suami setiap kali bonus memang ‘transfer’ habis, tapi bukan untuk enjoy. Kena uruskan hal-hal persekolahan anak dan persiapan baju raya anak-anak. Syukur alhamdulillah merasa bonus kali ni,” komen Marliana Minhat.

Beberapa komen dari para suami bekerja sebagai penjawat awam juga mengakui bonus yang masuk esok bakal digunakan untuk memperbaharui cukai kenderaan dan lain-lain hutang.

“Bonus masuk buat ‘renew roadtax’ dan selesaikan hutang je. Keperluan sekolah anak? Entahlah adalah kot rezeki lain, insha Allah,” komen Wak.

“Lepas bayar segala komitmen, faham-faham sahajalah berapa yang tinggal. Awal-awal sahaja yang masyuk. Lepas dua tiga hari ‘back to basic’. Tunggu gaji seterusnya. Tapi tetap bersyukur, dapat tampung apa yang kurang,” komen Syed pula.

Terdahulu, pengumuman bayaran insentif itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.

Anwar berkata, bayaran Insentif Awal ini akan dibayar sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI