fbpx

Pesawat dilencong akibat kerosakan pada sayap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video dirakam Clarke menunjukkan kerosakan pada pesawat tersebut. - Kevin Clarke/ SWNS

WASHINGTON – Sebuah pesawat dalam penerbangan dari bandar raya San Francisco ke Boston terpaksa dilencongkan selepas penumpang melihat kerosakan pada sayapnya, lapor laman berita Wion News semalam.

Seorang juruhebah ski, Kevin Clarke adalah antara penumpang yang menaiki pesawat United Airlines itu. 

Menurut Clarke, pesawat tersebut dilencongkan ke bandar Denver, Colorado selepas dia melihat salah seorang juruterbang berjalan di sepanjang lorong kabin.

Dia sempat merakam sebuah video memaparkan kerosakan pada sayap pesawat itu dan memuat naik rakaman tersebut di aplikasi X.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden itu.

Sementara itu, United Airlines dalam satu kenyataan berkata: “Penerbangan 354 dilencongkan ke bandar Denver petang semalam (kelmarin) untuk menangani isu pada sayap pesawat.

“Pesawat itu mendarat dengan selamat dan kami mengaturkan sebuah pesawat lain untuk membawa penumpang ke Boston. Pihak kami belum berjaya mengenal pasti punca kerosakan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI