fbpx

45 pegawai kanan PDRM bertukar bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan seramai 45 pegawai kanan berkuat kuasa 25 Mac ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Alzafny Ahmad berkata, senarai itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md. Din yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Menurut beliau, kekosongan jawatan Pengarah JSJN itu akan diambil alih oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad pula dilantik Timbalan Pengarah KDNKA (Gerakan) Bukit Aman dengan memangku jawatan Komisioner Polis (CP).

“Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Rusdi Mohd. Isa dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Datuk Allaudeen Abdul Majid yang akan bersara 1 April ini.

“Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

“Beliau menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang dilantik Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din pula dilantik Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/Tahanan) JSJN dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

“Ketua Cawangan Khas Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Hairuddin Che Hamid dilantik Ketua Penolong Pengarah E3, Cawangan Khas, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Penolong Pengarah Siasatan Seksual Wanita Dan Kanak-Kanak JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner dengan memegang jawatan sama,” ujarnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar ditukarkan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

“Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman dilantik Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“Seterusnya, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad pula dilantik Ketua JPJKK Terengganu.

“Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu dengan memangku jawatan ACP,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI