fbpx

Pekerja kira, tentukan sendiri duit bonus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pekerja dilihat mengira wang di atas meja. - SCMP/Shutterstock/Douyin

BEIJING – Sebuah syarikat di China tular selepas mengadakan permainan mengira wang dalam usaha untuk memberi bonus kepada pekerjanya, lapor portal berita South China Morning Post. 

Acara itu diadakan oleh syarikat Kren Kuangshan di wilayah Henan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari lalu.

Dalam acara itu, pekerja boleh membawa pulang sebanyak mana wang yang mereka mampu kira di atas meja. Timbunan wang kertas 100 yuan (RM66) diletakkan di atas sebuah meja sepanjang 50 meter. 

Pekerja dibenarkan mengira wang tersebut dalam tempoh masa tertentu iaitu antara 1, 3, 5, 10 dan 15 minit. Tempoh masa tersebut ditetapkan secara undian. 

Bagaimanapun, sebanyak 1,000 yuan (RM665) akan ditolak bagi setiap sekeping wang yang silap dikira.

Seramai 5,000 pekerja dibenarkan menyertai acara tersebut dengan salah seorang daripada mereka berjaya membawa pulang wang sebanyak 97,800 yuan (RM65,120). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI