fbpx

Mosti sasar 20 teknologi, inovasi tempatan diguna pakai di peringkat PBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang bersama Sandrea (dua) dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Rushdi Abdul Rahim ketika melawat tanaman strawberi sempena kunjungan hormat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak di MIGHT, Cyberjaya, hari ini. FOTO - FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

CYBERJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menawarkan 20 teknologi pintar buatan tempatan yang boleh dimanfaatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, buat masa ini, 20 teknologi tempatan itu dilihat sesuai untuk memantapkan lagi sistem penyampaian dan pengurusan di peringkat PBT.

Beliau berkata, ia termasuk sistem pintar pengurusan sisa pepejal, konsep pengurusan bandar pintar dan produk tenaga diperbaharui dan sistem pengesanan cerun.

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 20 teknologi dan imovasi tempatan diguna pakai di peringkat PBT menjelang tahun 2025,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan delegasi PBT dari Perak diketuai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatannya, Sandrea Ng Shy Ching, hari ini.

Delegasi membabitkan wakil PBT seluruh negeri Perak itu diberi taklimat berkaitan teknologi oleh Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT).

Katanya, sistem teknologi dan inovasi pintar bukan sahaja menjimatkan kos malah, ia membantu menjimatkan tenaga kerja dan memudahkan pemantauan.

Justeru, Lih Kang berkata, pihaknya juga menjemput PBT lain di seluruh negara bagi berkongsi teknologi terkini yang boleh dimanfaatkan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, setiap PBT boleh memilih teknologi sesuai dengan keperluan mereka memandangkan setiap PBT ada keperluan yang berlainan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI