fbpx

Menantu Muhyiddin akan menjalani pertuduhan pecah amanah jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke tanah air bagi menjalani pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan membabitkan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, 48, telah selesai.

“Jadi, kita telah hantar kertas siasatan itu bagi pertuduhan di Mahkamah,” Katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) kali-10 di Dewan Tun Hussien Onn, di sini, hari ini.

Oktober tahun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerahkan dokumen diperlukan kepada Interpol, untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguam, Mansoor Saat, 69.

Muhamad Adlan dikatakan sedang menyelesaikan urusan kerja dalam tempoh beberapa minggu selepas dia keluar dari negara ini pada 17 Mei tahun lalu.

Namun, sejak tarikh tersebut dia terus memberi alasan-alasan tertentu dan tidak juga kembali ke tanah air.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lalu.

Tindakan memangil Muhammad Adlan dilakukan SPRM membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Manakala, keterangan Mansoor pula telah diambil sebelum ini namun dia dipanggil semula bagi melengkapkan siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI