fbpx

Letak penghadang, elak jatuh hukum haram lalu depan orang solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Berdosa besar dan haram hukumnya jika sengaja lalu depan seseorang sedang solat yang telah meletakkan sutrah di hadapannya.

Sutrah adalah penghadang atau penanda yang diletakkan di depan orang yang sedang solat.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, sutrah boleh menggunakan apa-apa barang seperti kerusi, rehal atau membentangkan sejadah.

Katanya, jika seseorang individu masih lalu sedangkan dia sudah nampak sutrah itu diletakkan di hadapan orang yang sedang bersolat maka berdosa besar dan jatuh haram hukumnya.

“Contoh kalau saya dah letak sutrah, tapi orang tak faham masih nak lalu, boleh je depakan tangan macam ni untuk halang. Sutrah ni memang nabi suruh kita letak dekat depan waktu kita sedang solat.

“Tetapi jika seseorang solat di tempat laluan orang masuk, maka bukanlah jatuh hukum haram tetapi harus. Sepatutnya carilah tempat yang sesuai boleh orang nampak.

“Boleh disimpulkan, kalau orang tu tak letak sutrah, tapi awak lalu depan dia, awak tak tanggung dosa. Tapi kalau dia letak sutrah, awak lalu juga barulah awak berdosa dan haram hukumnya,” jelasnya.

Tambah hantaran tersebut, seseorang juga dibenarkan untuk lalu di hadapan orang yang yang solat dalam beberapa situasi yang terdesak.

“Contohnya seperti nak terkentut dalam saf solat. Awak boleh je lalu depan orang solat dan keluar terus berwudhuk.

“Apa-apa pun hormati orang lain yang sedang solat, jika hendak melintas di hadapan berjalan lah depan sutrah atau jarak tiga hasta dari tempat orang berdiri solat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI