fbpx

Lapan pingat emas sepak takraw di Sukan Asia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Astaf, Datuk Abdul Halim Kader bertemu Murate Satoshi dalam kunjungannya di Nagoya, Jepun, semalam.

KUALA LUMPUR – Lapan pingat emas bakal menjadi rebutan menjelang sukan sepak takraw pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 apabila Jawatankuasa Induk Sukan Asia Aichi-Nagoya (AINAGOC) telah meluluskan cadangan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) mengenai jumlah acara yang akan dipertandingkan pada temasya tersebut.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader berkata, lapan pingat emas yang ditawarkan itu akan melibatkan empat kategori lelaki iaitu regu berpasukan, antara regu, beregu dan kuadran/berempat), tiga wanita (regu berpasukan, beregu dan kuadran) dan kuadran campuran.

“Lapan pingat emas yang ditawarkan ini sudah disahkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Aichi-Nagoya dan hanya memerlukan sokongan Majlis Olimpik Asia (OCA) pada mesyuarat yang akan berlangsung tiga bulan akan datang.

“Pastinya, pencapaian ini sudah cukup memberangsangkan buat Astaf dalam melobi angka bagi pingat dan acara sepak takraw ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026,” kata Abdul Halim selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung AINAGOC, Murate Satoshi di Nagoya, Jepun semalam.

Dalam pada itu, Abdul Halim yang juga merupakan Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) turut mengakui pihaknya turut bertolak-ansur dalam rundingan terutama soal jumlah acara yang akan dipertandingkan di Aichi-Nagoya.

“Astaf bertolak-ansur dalam rundingan dengan AINAGOC yang menolak acara antara regu wanita sebaliknya rela menerima acara kuadran campuran kerana menganggap peluang pingat tuan rumah lebih cerah,” katanya.

Kuadran campuran satu-satunya acara baharu pada Sukan Asia Aichi-Nagoya yang bakal berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026 sekaligus mengatasi tiga atau enam acara keseluruhan (kategori lelaki dan wanita) – regu berpasukan, antara regu dan kuadran pada Sukan Asia Hangzhou.

Dalam pada itu, Astaf turut menegaskan bahawa Jepun yang menjadi tuan rumah dibenarkan menyertai kesemua acaranya manakala negara-negara peserta lain cuma boleh memilih dua daripada setiap kategori, namun kuadran campuran dikecualikan dan terbuka kepada semua.

Langkah ini selaras sekatan monopoli yang dikuatkuasakan Astaf sejak Guangzhou 2010 malah telah didahului Sukan SEA mulai Laos 2009. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI