fbpx

Lagi ‘ikan gempa bumi’ ditemui di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai percaya gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan dayung. - Jam Press

BANGKOK – Sekumpulan nelayan menemui seekor ikan dayung atau ‘oarfish’ berukuran 2.84 meter panjang di luar perairan Thailand baru-baru ini, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ikan dayung seberat 8.6 kilogram itu dinaikkan di atas sebuah bot nelayan di Laut Andaman, kira-kira 14 kilometer dari Phuket pada 15 Februari lalu. 

Ketua Perikanan Wilayah, Sitthiphol Muangsong memeriksa ikan itu bersama beberapa pegawai dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Pantai Phuket.

Ikan yang telah mati itu didapati berada dalam keadaan baik selain terdapat luka kecil di kepalanya. 

Pakar juga akan menganalisis seekor lagi ikan dayung yang ditemui di luar wilayah Satun, di hujung selatan Laut Andaman pada 4 Januari lalu. 

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai kerana terdapat kepercayaan bahawa gempa bumi atau tsunami akan berlaku selepas kemunculan ikan dayung.

Enam ikan dayung dikesan beberapa hari sebelum kejadian gempa bumi yang membunuh enam orang dan mencederakan lebih 120 mangsa di selatan Filipina pada 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI