fbpx

Kek dinosaur untuk abang – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismanira bersama suami dan anak di kubur Zayn Rayyan.

PETALING JAYA – “Kalau abang ada ni, mesti abang suka sangat-sangat dapat kek dinosaur macam ni. Cantik kan abang kek ni,” itu perkongsian Ismanira Abdul Manaf yang memuat naik gambar kek hari jadi hiasan dinosaur sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ismanira memuat naik gambar kek tersebut pada InstaStory hari ini dengan berlatar belakang kubur Zayn Rayyan yang juga kanak-kanak autistik.

“Alhamdulillah, dapat juga mommy sambut birthday abang hari ini. Haiwan kesukaan abang iala dinosaur. Tu mommy pilih kek dinosaur untuk abang,” katanya pada hantaran tersebut.

Ismanira memuat naik kek hari jadi hiasan dinosaur sempena ulang tahun ketujuh kelahiran Zayn Rayyan.

Dalam masa sama, dia turut memuat naik video pada InstaStory bersama suami, Zaim Ikhwan Zahari serta seorang lagi anak sambil mereka menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepada Zayn Rayyan sempena ulang tahun yang ketujuh kelahirannya hari ini.

Media pada Disember lalu melaporkan, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di sebuah sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya.

Tubuh Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, ditemui penduduk dianggarkan lebih 200 meter dari lokasi yang dilaporkan hilang sekitar pukul 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI