fbpx

Kali pertama, terakhir jumpa bapak – Norreen Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOA Norreen Iman untuk bertemu bapa kandungnya tertunai biarpun menjadi pertemuan pertama dan terakhir buatnya.

PETALING JAYA – Pelakon dan pempengaruh media sosial Norreen Iman berkongsi kedukaan apabila kehilangan bapa kandungnya, Alllahyarham Mohamed Yunus Alwi yang meninggal dunia semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Norreen atau nama lengkapnya Norreen Iman Abdullah menerusi hantaran Instagram.

“Rehatlah bapak ye, Al-Fatihah. Aku reda.

“Biarpun aku sedar kali pertama dapat jumpa bapak adalah kali terakhir kami bertemu.

“Doakan bapak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu bagaimanapun tidak memperincikan pertemuan mereka dan punca kematian bapanya yang berusia 85 tahun itu.

Lebih menyedihkan, pelakon berusia 30 tahun itu menyatakan pertemuan pertama dan terakhirnya dengan bapanya itu adalah doa yang dititipkan ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

Dia terharu apabila doanya untuk berjumpa dengan bapa yang sudah lama tidak ditemui akhirnya dimakbulkan Tuhan.

“Lama kita terpisah bapak. Tidak mengapa, inilah doa pertama yang aku pohon di depan Kaabah dan dalam Raudhah.

“Doa yang aku rasa paling mustahil boleh dapat sebagai anak. Syukur, Dia (Tuhan) dengar apa yang aku minta.

“Dia izinkan aku jumpa dengan bapak. Terima kasih Ya Allah. Kepada yang baca hantaran ini, doalah banyak-banyak pada Dia. Dia mendengar,” ujarnya lagi.

Menerusi hantaran tersebut, ramai rakan artis yang turut mengucapkan takziah seperti Nabila Huda, Sarah Suhairi, Shaza Bae dan Wani Kayrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI