fbpx

Jasad bergerak selepas 5 jam di bilik mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan hospital bergegas membawa mayat itu kepada doktor selepas didapati bergerak. - Jam Press Vid

BANDAR RAYA GUATEMALA – Mayat seorang wanita dilaporkan bergerak selepas beberapa jam disimpan di bilik mayat sebuah hospital di Guatemala, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu berlaku di Hospital Besar San Juan de Dios, Bandar Raya Guatemala.

Jurucakap hospital tersebut berkata, mayat wanita muda itu pada awalnya tiba di hospital dalam ‘keadaan yang tidak terurus’. 

“Dia menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan yang teruk dan mempunyai sejarah perubatan penyakit sawan dan cerebral palsy. 

“Dia kemudian disambungkan ke monitor, namun tiada tanda aktiviti pernafasan atau di bahagian otak.

“Selepas 30 minit usaha menyelamat, wanita itu diisytihar meninggal dunia dan jasadnya dipindahkan ke bilik mayat berdasarkan protokol yang ditetapkan,” katanya.

Selepas lima jam disimpan di bilik mayat, pakar-pakar patologi melihat pergerakan pada jasad wanita itu. Dia kemudian dimasukkan semula ke bilik kecemasan.

Kakitangan perubatan berusaha menyelamatkan wanita itu, namun dia tidak menunjukkan sebarang tanda masih hidup sebelum disahkan meninggal dunia buat kali kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI