fbpx

Empat beranak nyaris maut, motosikal rempuh anak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Arnida menunjukkan gambar seekor anak lembu yang mati selepas dirempuh motosikal ditunggang adiknya di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran RKT Kesedar Paloh, Gua Musang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Empat beranak nyaris maut selepas motosikal yang mereka naiki merempuh seekor anak lembu yang berkeliaran di jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Nik Amdan Mohd. Ali, 27, bersama isteri, Fazleen Yusuf, 28, dua anak mereka, Nik Irdina Sofia, 3, dan Nik Irdina Arisya, 6 dari RKT Paloh 1 di sini masing-masing cedera pada bahagian kepala selepas tercampak di atas jalan raya.

Menurut kakak Nik Amdan, Nik Arnida, 41, dia sempat bertemu dengan adiknya ketika dirawat di Klinik Kesihatan Chiku 3 di sini petang semalam.

Katanya, keempat-empat beranak itu sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kuih kepada pelanggan di RKT Paloh 3 dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda RS150.

“Berdasarkan cerita Nik Amdan, dia dan ahli keluarganya keluar dari rumah kira-kira pukul 5.15 petang untuk menghantar kuih kepada pelanggan. Semasa tiba di lokasi kejadian, seekor anak lembu yang berkeliaran tiba-tiba melompat ke arah jalan sebelum motosikal ditunggangnya merempuh haiwan tersebut.

“Adik saya ketika ini berada Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk menjaga isteri dan anak bongsunya. Saya dan ahli keluarga yang lain pula menjaga Nik Irdina Sofia di Hospital Gua Musang,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Gua Musang, di sini hari ini.

Nik Arnida memberitahu, kejadian berlaku terlalu pantas dan adiknya tidak sempat mengelak lembu tersebut.

“Sudah ada tangkapan lembu berkeliaran dijalankan di kawasan tersebut sebelum ini, namun masalah itu masih berterusan sekali gus mengancam nyawa penguna jalan raya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI