fbpx

Dharma tak sangka masuk senarai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHARMA RAJ

PENGARAH Teknikal Persatuan Hoki Indonesia, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui terkejut apabila namanya berada dalam senarai pendek empat calon bagi mengisi jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan yang baharu.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) menyenaraikan empat calon akhir termasuk Dharma Raj dan seorang lagi jurulatih tempatan, Sarjit Singh serta dua calon luar negara, iaitu Brendan Caralon dari Afrika Selatan dan Glenn Turner dari Australia.

Dharma Raj berkata, pada awalnya beliau langsung tidak menyangka akan disenarai pendek untuk jawatan tersebut memandangkan MHC menerima banyak permohonan bagi mengisi kekosongan kerusi ketua jurulatih itu.

“Pertama sekali, semasa saya memohon untuk jawatan tersebut, banyak permohonan lain dari luar negara serta tempatan. Apa yang saya tahu, ada lima permohonan tempatan termasuk saya, Sarjit dan Arul (Selvaraj). Dua orang lagi saya tidak tahu siapa.

“Waktu itu fikir mereka (MHC) mungkin tidak akan panggil saya dan berada dalam senarai pendek. Ramai jurulatih antarabangsa yang hebat, jadi agak terkejut apabila disenarai pendek, namun buat masa ini MHC masih belum hubungi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga enggan mengenang kembali kisah silam antaranya dengan badan induk sukan hoki kebangsaan sebelum ini yang menyaksikan beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak.

“MHC juga tahu apa yang berlaku (sebelum ini) tetapi saya mahu lupakannya kerana ia sudah pun berlalu,” ujar Dharma Raj.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI