fbpx

Bangladesh enggan lagi terima pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan etnik Rohingya di kem pelarian Kutupalong, Cox's Bazar, November tahun lalu. - AFP

DHAKA – Bangladesh enggan lagi menerima lebih ramai pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar, lapor akhbar Arab News.

Menurut Pesuruhjaya Bantuan dan Pemulangan Pelarian negara itu, Mizanur Rahman, Dhaka terpaksa membelanjakan kira-kira AS$1.2 bilion (RM5.7 bilion) setahun untuk menyokong pelarian Rohingya ketika bantuan antarabangsa untuk etnik minoriti tersebut berkurangan sejak 2020.

“Kami sudah terbeban dengan 1.2 juta pelarian Rohingya.

“Penduduk Bangladesh pastinya tidak akan mengalu-alukan lagi kedatangan mereka di sini. Layanan baik dalam komuniti ‘tuan rumah’ telah bertukar menjadi permusuhan,” katanya kepada Arab News.

Kebanyakan pelarian Rohingya tinggal di kem-kem kosong di daerah Cox’s Bazar, iaitu sebuah kawasan pantai di timur Bangladesh.

Beratus-ratus pelarian Myanmar termasuk Rohingya berkumpul di pelbagai lokasi di sepanjang sempadan Bangladesh sejak akhir-akhir ini untuk mencari perlindungan, ketika junta tentera negara itu memerangi serangan kumpulan-kumpulan pemberontak yang kuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI