fbpx

Tze Yong ‘dihantui’ kecederaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG terpaksa menerima rawatan disebabkan kecederaan belakang ketika turun menentang pemain Brunei pada aksi pertama BATC baru-baru ini.

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terus berdepan cabaran untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila dihimpit kecederaan baharu pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang ber­akhir Ahad lalu.

Ketua Pegawai Perubatan Sukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ooi Yu Hang mengesahkan, pemain ranking No.15 dunia itu mengalami kecederaan tulang belakang ketika menentang pemain Brunei pada aksi pertama BATC.

Tegas Yu Hang, masalah pemain berusia 24 tahun itu bukan kecederaan berulang seperti dialaminya pada Terbuka Malaysia bulan lalu iaitu koyak otot di bahagian ­belakang.

“Tze Yong mengambil suntikan sejak kecederaan tersebut. Untuk tempoh 10 hari ini kita perlu memantau keadaannya ke­rana doktor dari ISN (Institut Sukan Negara) menyarankan kita perlukan 10 hari untuk melihat bagaimana dia bertindak terhadap suntikan tersebut.

“Selama 10 hari ini, kami hanya membenarkan Tze Yong melakukan beberapa latihan ringan dan fokus utama adalah memperkuat otot bagi melindungi daripada kecederaan.

“Apapun, kecederaan ini berbeza dan tidak sama sewaktu menimpa Tze Yong di Terbuka Malaysia, lagipun kecederaan itu telah pulih.

“Kecederaan baharu ini berhubung dengan tulang belakang ‘spine’ dan juga terdapat masalah dengan disc. Selepas ini, Tze Yong akan menjalani rehabilitasi di ABM (Akademi Badminton Malaysia),” katanya.

Mengikut perancangan, Tze Yong sepatutnya beraksi pada Terbuka Perancis bermula 5 Mac ini dan seterusnya Seluruh England yang membuka tirai dari 12 hingga 17 Mac nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI