fbpx

Tiada kata dapat gambarkan betapa bermakna dia kepada saya – Raghad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raghad (kanan) ketika berada di Masjid Negara pagi tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – “Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna dia kepada saya.”

Itu ungkapan Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, di atas pemergian suaminya itu.

Raghad meluahkan kesedihan itu ketika berkongsi berita berkenaan kematian Abdul Taib di Instagram miliknya, hari ini.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian suami saya, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, awal pagi tadi.

“Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, jenazah Abdul Taib dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 3.30 petang ini dari Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir bermula pukul 8 hingga 11.30 pagi.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI