fbpx

‘Ramai pula mengaku pemilik asal RM50’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Duit kertas RM50 yang tertulis 'duit last ayah bagi' yang tular sejak semalam.

PETALING JAYA – Duit RM50 yang tular dengan tulisan ‘duit last ayah bagi 11/5/20, al-Fatihah’ menarik minat beberapa individu yang mengaku sebagai pemilik wang kertas tersebut.

Mohd. Azfarul Zainol Akmar, 35, atau Tuah Lim yang menemukan duit itu berkata, sejak tular di media sosial semalam, ada beberapa individu telah menghubunginya.

“Sudah ada beberapa orang yang menghubungi saya menyatakan duit terbabit milik mereka, namun saya perlu berhati-hati untuk mengetahui pemilik sebenar.

“Walaupun RM50, tetapi agak pening untuk mengetahui siapakah pemilik sebenar. Untuk betul-betul sampai ke tangan pemiliknya saya banyak juga bertanyakan pandangan rakan-rakan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut Tuah Lim, bagi mencari pemilik sebenar, dia memerlukan sedikit masa untuk menentukan perkara tersebut.

Katanya, sehingga hari ini duit tersebut masih disimpan rapi dalam jagaannya dan tidak akan digunakan sehingga pemilik sebenarnya muncul.

“Masih dalam jagaan saya dan saya tidak akan menggunakan duit ini sehingga bertemu tuan asalnya,” jelas Tuah Lim.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pemuda menemukan sekeping duit not RM50 ketika mengeluarkan wang di mesin pengeluaran automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Gambang baru-baru ini.

Pemuda itu kemudian membuat satu hantaran di Facebook bagi mencari pemilik asal wang kertas RM50 itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI